Tuesday 4 November 2014

Apa itu Omega 3?


Seperti yang semua sedia maklum, omega 3 sangat penting dalam diet seharian kita. Jika anda perasan, dalam iklan tv juga banyak kita dengar tentang DHA dalam susu formula, minyak ikan untuk kanak-kanak supaya dapat membantu sistem imunisasi dan fungsi otak. Tapi tahukah kita apa sebenarnya Omega 3?




Apa itu Omega 3?

Omega-3 merupakan asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh yang membuatkan tubuh kita berfungsi dengan normal. Oleh kerana asid lemak penting ini iaitu ALA,DHA dan EPA tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, kita memerlukan ia daripada sumber makanan harian.

Asid lemak memberi tenaga kepada otot, jantung dan organ lain dengan bertindak sebagai bahan asas untuk membran sel dan simpanan tenaga kepada tubuh.

Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Malah, ia juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang, melainkan asid lemak ini hadir di dalam makanan yang diambil. 
Asid lemak boleh ditemui di dalam ikan. 




Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega-3, asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk. 

Sumber Omega 3

  • Ikan - Salmon, Halibut, Sardine, Trout, catfish
  • Walnut
  • Canola oil
  • Udang, kerang-kerangan



Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi


2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

    Manfaat ALA
  • Membantu mengatasi keletihan dengan meningkatkan pengeluaran tenaga. ALA membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh dari pelbagai penyakit.
  • Membantu menjaga fungsi otak pada orang dewasa, mencegah penuaan, dan juga boleh meningkatkan daya ingat.
  • Sering digunakan dalam rawatan perubatan kes penyakit hati untuk membantu melindungi sel hati dan membantu proses pengeluaran racun dari tubuh.
  • Membantu mencegah kematian mendadak dari kerosakan saraf dan jantung pada pesakit diabetes.
  • Sering digunakan dalam terapi pesakit HIV dan penyakit jangkitan lain untuk meningkatkan kekebalan tubuh.




Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:
  • Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  • Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  • Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  • Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  • Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  • Mengurangkan risiko darah beku
  • Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  • Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  • Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  • Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  • Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  • Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  • Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  • Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  • Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  • Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  • Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  • Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  • Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  • Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu mereka.
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  • Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menambah pengetahuan kita mengenai Omega 3.