Tuesday 5 August 2014

Shaklee dan Israel


Shaklee Penyumbang Dana Israel???


Hari ni tergerak hati nak share pasal ni, supaya xda yang keliru dan ragu2 betol ke Shaklee ni penyumbang pada Israel. Tadi pon ada downline saya tanyakan pasal ni. To make it clear, buat entry blog senang ramai boleh refer. Mari baca, saya amik info ni dari http://wardahilmu.blogspot.com/. (Sebenarnya ni isu lama, setiap kali Palestin diserang setiap kali isu ni timbul).


Isu ini bermula apabila logo Shaklee terpampang dalam laman web Keneseth Israel.




Nampak tak logo tu? Terletak elok je kat bahagian Sponsor KI. Dah terbukti depan mata lah kan kiranya (saya tengok 1st time dulu2 pon berdebar dup dap dup dap, hihi). Ok then bila saya klik dan lihat link yang disambungkan kepada logo ini http://kic.myshaklee.com/us/en/shop.s.html dan ni bukan laman web rasmi SHAKLEE. Laman web rasmi Shaklee US ialah www.shaklee.com, korang boleh buka 2 link ni dan bandingkan apa yg beza.




Untuk pengetahuan semua, sebagai pengedar Shaklee, anda berhak menyalurkan bonus anda kepada mana-mana badan kebajikan atau parti sekalipun. Begitu juga SID (shaklee independent distributor) di luar negara sana, mereka berhak menggunakan wang mereka untuk menyumbang. Bukannya bermakna Shaklee turut menyumbang kepada ISRAEL. Berdasarkan web yang saya buka tadi, jelas ianya milik agen bebas SHAKLEE. Buktinya?? Nampak tak logo yang saya bulatkan di atas tu. Shaklee telah menetapkan syarat setiap agennya perlu menggunakan logo ini. Nampaknya distributor ini telah menggunakan bonus SHAKLEE untuk beramal kepada ISRAEL.



Dan nilah orang disebalik website td, nampakkan 2 org individu yang jd admin tu, xcayer boleh terus klik ke link website tu dan kaji setiap butiran kat situ, memang terang lagi bersuluh bukan website Shaklee US. Website tersebut adalah personal website pengedar shaklee dan setiap pembelian melalui website tu sahaja akan menyumbang pada dana Israel. Kiranya berdasarkan sales dia melalui website tu akan terus disumbangkan pada israel.





Itu kerja amal yang mereka lakukan untuk badan pilihan mereka. Jadi, apa pula kerja amal kita? Jangan kita terlalu obses memboikot membuta tuli. Selidik dan fahami betul2 dulu. Telah pun disenaraikan beberapa jenama terkenal yang jelas nyata menjadi penyumbang dana terbesar ISRAEL.

Nak lebih terperinci lagi pasal isu boikot ni , korang boleh singgah ke laman web

http://www.inminds.com/boycott-israel.html. Setiap satu produk yang diboikot dijelaskan satu persatu. Korang boleh buat penilaian sendiri selepas ini. Tak perlu nak boikot semua company USA kerana bukan semua menyumbang kepada kekejaman ZIONIS.

Oleh itu, ekoran kekejaman yang dilakukan oleh zionis terhadap umat Islam di Gaza Palestin, Yaysan Amal Malaysia dengan ini melancarkan kutipan derma untuk saudara seakidah kita disana yang kini menderita di serang oleh zionis. Kepada anda yang prihatin terhadap nasib saudara kita disana, anda boleh menyumbang dengan menyalurkan sumbangan anda terus melalui akaun Bank Islam 130530-1000-6474 Tabung Palestin Amal Malaysia.


Dan melalui Aman Palestin Berhad

BIslam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
BMuamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

http://www.amanpalestin.net/


Derma via SMS

Taip PALESTIN (jarak) 10 (Contoh: PALESTIN 10)
(nilai:RM10/5/3/1)
Hantar ke 39111



Untuk lebih info baca kt Blog ni http://www.mamafaiz.com/2012/11/shaklee-dan-israel.html PM Cery sendiri yang explain, blog entry tahun 2012 lagi...memang isu lama yang selalu hot bila Palestin kena serang.


(Sumber rujukan: http://wardahilmu.blogspot.com/2014/07/hot-story-shaklee-penyumbang-dana-israel.html)
---------------------------------------------
Latest update (15/6/2014) dari sorang Master Shaklee yg ajukan soalan ni ke Shaklee US. Dan refer gambar bawah ni jawapan Shaklee US. Memang website tu milik distributor Shaklee.





Pada 18/7/2014 Shaklee Malaysia keluarkan notis kat bawah ni sebab ramai yg ajukan soalan kepada Shaklee Malaysia. Hopefully semua clear pasal ni, insyaAllah.



♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee?
Hubungi saya Maria Pengedar Shaklee anda, 017-5949285

GLA COMPLEX SHAKLEE SEIMBANGKAN HORMON


GLA COMPLEX SHAKLEE MENSTABILKAN MASALAH HORMON

Mengapa berlakunya Simptom ketidakseimbangan hormon?

Simptom ketidakseimbangan hormon boleh muncul walaupun pada usia muda seawal 20an. Namum begitu, simptomnya berbeza bagi setiap individu dan boleh bertambah serius dengan peningkatan umur jika diabaikan pada peringkat awal.

Antara simpton ketidakseimbangan hormon:

✔Panas badan
✔Murung dan letih
✔Kitaran haid yang tidak teratur
✔Kekeringan faraj
✔Rambut gugur dan pertumbuhan rambut di muka
✔Sakit kepala dan pening
✔Kurang keinginan seks
✔Sukar hamil
✔Endometriosis
✔Osteoporosis
✔Masalah haid
✔Jangkitan saluran kencing dan kencing tidak terkawal
✔Tumor payudara
✔Berat badan bertambah, edema dan kembung perut


Bagaimanakah ketidakseimbangan hormon terjadi?

Badan wanita mengalami kitaran haid secara puratanya sebulan sekali. Estrogen hanya dirembeskan dalam hari ke 10-12 kitaran haid. Jika pengovulan berlaku, maka progesteron akan dirembeskan oleh ovari. Pada hari ke-28, aras kedua-kedua hormon tersebut akan menurun dan mengakibatkan pendarahan. Akan tetapi, jika pengovulan tidak terjadi, pendarahan masih akan berlaku tetapi aras estrogen tidak akan diimbangi oleh progesteron. Ini menyebabkan terjadinya ketidakseimbangan hormon, yakni tubuh badan mempunyai aras estrogen yang mencukupi tetapi kekurangan progesteron.

Kebanyakan masalah kesihatan berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon adalah disebabkan ketidakseimbangan estrogen dan progesterone dalam badan. Sebarang perbezaan ketara di antara dua hormon ini akan mengakibatkan kesan dramatik pada kesihatan. Bagaimanapun, jumlah hormon yang dihasilkan berbeza setiap bulan bergantung kepada nutrisi, pencemaran, tekanan dan ovulasi yang kurang.

Justeru, pemakanan dan pencemaran adalah dua penyumbang utama, yang bertindak seperti bahan kimia tiruan / menyamar sebagai estrogen. Bahan ini mempengaruhi tahap keseimbangan hormon semulajadi badan. Unsur-unsur seperti bahan kimia industri dalam makanan, udara, air, logam-logam berat, pengambilan pil pencegah kehamilan, penggunaan estrogen sintetik HRT (Hormone Replacement Therapy), racun tumbuh-tumbuhan, racun serangga perosak, plastik, dan pelbagai jenis racun lain, estrogen tiruan yang masuk ke dalam sistem badan. Kesemua faktor ini menyumbang kepada bertambahnya tahap estrogen, hingga berlebihan dan wujudnya tanda-tanda ketidakseimbangan hormon.


Fakta Berkenaan Estrogen:

✔Merupakan hormon kewanitaan yang dirembes oleh ovari. Akan tetapi, sebahagian kecilnya juga disimpan dalam sel lemak.
✔Merupakan hormon yang mengawal kitaran haid.
✔Memainkan peranan penting dalam perkembangan seks.
✔Membantu menyediakan rahim untuk kehamilan.
✔Mempengaruhi sel tubuh.
✔Arasnya menurun dengan peningkatan umur.
✔Membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan serangan sakit jantung.
✔Memperbaiki kulit, mengurangkan kekeringan faraj dan awet muda.
✔Kunci di dalam keseimbangan hormon adalah keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron, di mana penghasilan progesteron menjadi semakin sangat berkurangan jika dibandingkan dengan estrogen. ✔Kekurangan progesteron berbanding estrogen ini menyebabkan berbagai masalah berlaku. Bukan wanita sahaja yang mengalami masalah ini, bahkan lelaki juga. Ini kerana hormon progesteron dan estrogen juga penting di dalam kesihatan kaum lelaki.

Bagi wanita yang sudah menghampiri menopause dan telah menopause,Menurut Dr. John Lee melalui bukunya 'What Your Doctor May Not Tell You About Menopause', di antara gejala-gejala dominan estrogen atau hormon tidak seimbang ini ialah seperti:

1. Alergi termasuk asma, ruam, resdung
2. Kekeringan serviks
3. Sejuk kaki dan tangan akibat lemah fungsi tiroid
4. Berkurangan libido (keinginan seksual)
5. Kemurungan beserta kebimbangan
6. Kekeringan mata
7. Mendapat haid lebih cepat
8. Kegemukan di bahagian perut, paha dan punggung
9. Keletihan
10. Daya tumpuan menjadi kurang
11. Keguguran rambut
12. Sakit kepala
13. Kitaran haid tidak teratur
14. Insomnia
15. Perasaan tidak menentu
16. Osteoporosis
17. Kadar metabolisme rendah
18. Fibroid uterin dan bermacam-macam lagi


Melalui pengalaman saya meng'konsultasi' beberapa kenalan yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon. Ada sesetengah mereka pernah mengamalkn EPO utk masalah hormon tidak seimbang. Tetapi, tahukah anda, GLA (Gamma Linoleic Acid) Complex Shaklee lebih menyeluruh fungsinya berbanding EPO. Klik GLA Complex Untuk maklumat lanjut tentang GLA Complex.



Berminat dengan produk Shaklee? Untuk keterangan lanjut atau konsultasi percuma contact saya melalui~

SMS@Whatsapp@Wechat:
 017-5949285
Add saya di facebook: Rosniza Maria
Pages :Supplement Kesihatan Sekeluarga