Monday 18 August 2014

PMS/PERIOD PAIN/SENGGUGUT SHAKLEE

APA ITU SENGGUGUT?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea(Satu keadaan di mana seorang wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit akibat serangan haid).

 Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. 

Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan murung. Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut.

Gejala atau Sindrom Pra-Menstruasi (PMS) atau senggugut sering menghantui kebanyakan wanita setiap bulan. Ada yang dah sakit-sakit pinggang, sakit kepala, nafsu makan meningkat seawal 14 hari sebelum datang haid. 




7 Tips Atasi PMS/ Senggugut/ ‘Period Pain’

  1. Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi. Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dlm tubuh. Susu, tempe dan kacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.
  2. Amalkan pengambilan Vitamin C dos tinggi / buah-buahan yg bervitamin C seperti buah limau. Untuk dapatkan nilai vitamin C yg secukupnya, kita perlu makan 7 biji buah limau.
  3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi vitamin B6 dan Vitamin E untuk mencegah ketegangan pada perut.
  4. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
  5. Kurangkan makanan yg bertepung, kafein dan bercoklat.
  6. Makanlah makanan yg berserat tinggi.
  7. Bagi individu yang berhadapan dgn masalah anemia (kurang darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yg tinggi khasiat zat besinya.

Info: Sihat & Segar, Majalah Pa & Ma Januari 2012



Semoga tips mudah di atas boleh kita sama-sama amalkan untk membantu mengurangkan gejala PMS. 

Shaklee juga mempunyai beberapa vitamin yg boleh membantu mengatasi masalah ini.



1. Ostematrix (Kalsium-Magnesium). Untuk memastikan kita mendapat kalsium yg secukupnya. Jika anda tak suka susu, tempe dan kekacang boleh lah mencuba Ostematrix ni.



2. B Complex.
  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.


3. GLA Complex. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.


CARA MENGATASI SENGGUGUT TANPA UBAT.

  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman :Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan.Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya!Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok.
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam.Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan set kelegaan pms ini anda boleh hubungi saya melalui:

Facebook : Rosniza Maria
Email: mizzmaria_davouge@yahoo.com.my
Sms / call/ whatsapp: 017-5949285
Pages Facebook : Supplement Kesihatan Sekeluarga