Pages

Sunday 5 October 2014

Pentingkah Sumber Protein kepada tubuh?


Anda sudah sedia maklum bahawa protein sangat penting untuk pembesaran diri seseorang dimana protein dapat membantu untuk meningkatkan metabolisma dalam badan bagi membolehkan lemak-lemak dibakar dalam kuantiti yang banyak.

Pengambilan protein yang cukup boleh membantu anda untuk kenyang supaya anda dapat bertahan semasa tempoh berdiet. 

Protein juga adalah salah satu makronutrien yang utama dalam makanan kita. Ia memberikan tenaga kepeada badan dan ia digunakan untuk membina otot-otot dan organ badan.


Protein terdiri daripada blok bina yang dipanggil asid amino. Kebanyakan daripada asid amino ini penting, ia bermakna badan tidak boleh menghasilkannya, oleh itu ia harus diambil melalui makanan protein. Apabila protein mengandungi semua asid amino yang penting, ia dianggap protein lengkap. Protein soya dan semua sumber binatang di anggap lengkap.

Jika satu atau lebih daripada satu asid amino ini tiada, protein itu tidak lengkap, kecuali protein soya, sumber protein dari sayur dianggap tidak lengkap. Bagaimanapun, dua protein tumbuhan yang tidak lengkap beras dan kacang, boleh saling melengkapi, jika dimakan bersama-sama.



Kebanyakan protein dari diet kita berpunca dari produk berasaskan binatang (daging, ikan, ayam, telur dan susu), juga produck berasakan tumbuhan (kacang, lentil dan kacang pi). Serbuk protein yang diperbuat daripada kacang soya, wei atau putih telur, boleh juga dicampurkan kepada makanan lain untuk meningkatkan kandungan proteinnya.


Badan kita memerlukan protein untuk membina dan memperbaiki tisu otot (terutamanya selepas bersenam), menghasilan enzim dan hormon penting, menyokong sistem imun kita dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.


Kerperluan protein harian bergantung kepada umur, saiz, tahap kercergasan dan gaya hidup. secara umunya, lelaki yang besar (200lb), aktic secara fizikal, seharusnya mengambil antara 100g hingga 200g setiap hari, sementara wanita yang kicil (200lb), aktif secara fizikal, seharusnya mengambil antara 50g hingga 100g setiap hari.




Fakta Penting Protein

  • Ditemui dalam kedua-dua produk berasaskan binatang dan tumbuhan
  • Menawarkan punca yang sihat termasuk kacang soya, kacang dan bijirin lengkap
  • Jenis yang berbeza memerlukan fungsi pelbaga,seperti pergerakan (otot), pertumbuhan (hormon) dan penglihatan.


Manfaat Penting Protein

  • Membantu membina dan memperbaiki tisu badan dan menyediakan tenaga dan stamina
  • Memuaskan rasa lapar dan menyebabkan rasa kenyang
  • Menyokong jisim otot tanpa lemak

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada anda untuk kekal sihat.

No comments:

Post a Comment